Brand: Bekazon
Product Code: BEK0101EKH062016
Availability: 89
Price: RM6.90 RM10.00
Ex GST: RM6.90

Qty:

 

ORDER NOW!! MAJALAH EDISI KEJUTAN KHAS

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.. Hampir setahun Majalah UJANG dan APO? meninggalkan empayarnya. Monumen figura yang dibina seakan masih berbekas dalam sanubari setiap pembaca majalah kartun tempatan. Ini sememangnya penamat sebuah kisah. Kapish and coprende! Detik berlalu dengan bunyian cengkerik dan tarian unggas malam yang panjang. Bagai di Antartika di mana 6 bulan malam yang tiada siang. Tiada perjuangan kembali pada industri majalah kartun. Semua semakin gelap, sepi dan suram. Mungkin taraf hidup semakin dominan dan perjuangan bahan fizikal semakin berkubur. Zaman analog ini mungkin telah berakhir dan dihijab dengan alam digital yang buas.

Cover ini melambangkan berakhirnya figura naratif yang dulu bersama-sama kita mengecap makna ketawa. Namun dalam gelap juga masih ada bintang... BEKAZON satu gambaran baru yang segar kita bina di antara kedua lagenda yang ditinggalkan. Seperti pepatah Jepun lama, 'Fall Seven Times, Stand Up Eight' jatuh bangun itu kehidupan beb!... Berapa kali jatuh pun kita kita perlu teruskan. Itu fitrah dan jangan berputus asa. Tutup buku untuk hiasan depan dan bermula sekali lagi era generasi BEKAZON. Sebagai memperingati karya karyawan dan peminat setia, kita masih selitkan beberapa karya yang telah dilesenkan ole MOY Publications Sdn Bhd sebagai penyambung generasi. Ini awal kata dan bukan pengakhiran... Terima kasih, Selamat tinggal dan Selamat datang!!

 

Dapatkan sekarang bagi pembelian majalah Edisi Kejutan Khas dan dapatkan secara PERCUMA 'PAPER BAG'' khas dari bekazon.com. Turut menampilkan barisan-barisan kartunis hebat;

* Lambok * Gayour * Lengkuas * Pandan * Bendi * Petai * Oren * Bijan * Spider * T-Rex * Uchot * Chang * Afique * Bawang * Pjoe * Shah * Zulkifli Ahmad Idrus * Nazim Nasmawi *

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: