BEKAZON ISU #24 : SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-61
TANGGAL 31 Ogos 1957 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu. Pengisytiharan itu disambut dengan laungan “MERDEKA” sebanyak 7 kali dari Almarhum Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan oleh tokoh agama Islam iaitu Datuk Hassan Azhari sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru di mana Islam, merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan ledakan meriam seratus satu das mengiringi hari bersejarah tersebut. Memoir ini penting dan diterjemahkan dengan gaya kartun sentuhan Kartunis Yaz Malee cukup memberi kita gambaran nostalgia dan terpahat disanubari. Selamat Hari Merdeka. Noktah