BUMPER UJANG & APO? NEW-STALGIA ADIWIRA
Selingan kisah penuh berkronologi, lupa pula nak cerita debat pagi, kisah berbalah penuh energi, antara prompter dan juga pengkarya seni, habis semua perli memerli, mana satu yang lebih tinggi, katanya AI pula sudah mula mendominasi, memudahkan kerja digital seni, taip-taip prompt terus boleh jadi. jangan takut dan jangan gusar, kita terus buat apa yang kita pakar, selari dengan teknologi sekular, kita jalan tidak tersasar, terapkan nilai seni dan gabungkan tools sebgai ikhtiar, kemudahan diberi kita terokai. AI pun kita pakai tanpa menolak seni lukis dalam diri. Haa, kan mudah untuk cari titik persamaan. Cuma nak beritahu agar tak salah anggapan.
Ini cover hasil BUKAN buatan janaan. Ini hasil lukisan Kartunis Oren kita sajikan, cuma warna digital dan pelbagai tools kita gunakan. Moga nilai seni masih dijagai. Untuk tatapan generasi yang menghargai. Bak kata pepatah AirAsia, “Now everyone can fly…” Ermm, memang sekarang semua mampu terbang, tapi harus laa kita ingat, kita terbang sebagai penumpang, bukan mengaku menjadi pilot kapal terbang. Noktah…
PERCUMA PAPERCRAFT CUBIC SUPERHERO
PEDIH usus tersepit almari, kaki kejang bil elektrik tinggi, tema adiwira pulak diorang bagi, kalau dah best terpaksa la beli. Semua karya dah dikompilasi, dari Majalah UJANG & APO? kita bagi sekali, karya terbaru dari kartunis terkini di selang-seli, juga ada kisah pelbagai aksi. Ah!!! korang dah boleh la cari, di kedai 7 Eleven ataupun Shopee. Haa, lupa pulak ada benda nak bagi, macam biasa FREEGIFT kita beri. PAPERCRAFT SUPERHERO untuk korang miliki, boleh letak atas meja atau pun pantri. Ikut laa mana yang disukai. Nak celah mana pun apa kita peduli. Janji korang hepi suka hati…