SALAM satu suro Jumaat Kliwon! Kompilasi Bumper New-Stalgia GENDERUWO ini adalah terdiri karya-karya terkini 2025 dan juga karya-karya terpilih dari majalah UJANG&APO? mengikut tema yang ditetapkan. Dan ada juga karya-karya lama disimpan sebagai stok namun masih tidak disiarkan lagi di majalah. Bermakna karyanya tetap menjadi karya baru bagi pembaca walaupun ada pengkarya yang telah meninggal dunia. Kita kompilasikan untuk tatapan pembaca.
KALI ini punya isu Bumper New-Stalgia Genderuwo kita akan berikan satu Door Knob Horror Card atau dalam bahasa Kabupaten Barat bermaksud Kad Seram Tombol Pintu. Kad ni boleh di gantung di merata pintu rumah sebagai tanda pemberitahuan, protes atau amaran. Gantung di tombol pintu mencantikkan lagi pemandangan pintu bilik korang yang tak berapa best tu. Kita berikan PERCUMA secara one-off… Beli majalah dapat je terus tanpa nak check dalam MyKad ye. Ayuh, Kemon, jom pakat beli!!!!







