BUMPER NEW-STALGIA RAYA SAKAN 2022
PERCUMA KAD POP-UP DIORAMA
* * * * * * * * * * * * * * *
Salam lebaran. Untuk isu kali ini kita warnai raya kita dengan kemeriahan Bumper New-Stalgia Raya Sakan. Sebagai penyeri kita kepilkan kad POP-UP DIORAMA dari Kartunis otai dan ayahanda tersohor kita iaitu Abang Mie. Rasanya sinonim dah dengan gaya dan pengaruh retro dan juga sentuhan budaya jati melayu melalui karyanya. Manakala warna secara digital dari Brader padu kita iaitu AURA. Dan cover ini adalah TRILOGI RAYA setelah 3 tahun tradisi balik kampung kita tergendala apabila sekatan pergerakan penuh diperketatkan.
Kad POP-UP DIORAMA ini sebgai simbol kemeriahan yang pernah kita alami dan tahun ini kita teruskan dengan apa saja keputusan dari pihak berwajib. Dan sambungan seterusnya ada di sketsa yang lain. Moga kita sama² menghadapi wabak dengan tabah.
Hadapi dengan senyuman. Semua yang terjadi biar terjadi, hadapi dengan tenang jiwa. Semua kan baik² saja. Bila ketetapan Tuhan sudah ditetapkan, tetaplah sudah. Tak ada yang bisa meruba. Dan takkan bisa berubah. Ternyanyi lagu Dewa 19 lak… Lagu lama ni. Elehhh, evergreen laa kan. Wabak memang tak dapat nak elak, kita hadap saja dengan mengikut SOP yang ditetapkan. Tapi bukan bererti kita tak boleh merayakan Aidilfitri yang mana kita beroleh kemenangan setelah sebulan berpuasa, kan? Nah! Satu kad POP-UP eksklusif dari kitaorang. Korang tak pernah dapat kad raya kan sejak ada media sosial ni. Ni kita bagi sebagai ingatan tulus ikhlas dari kami. Selamat Hari Raya dan jaga SOP!
* * * * * * * * * * * * * * *
Judul : Bumper New-Stalgia : UJANG & APO? RAYA SAKAN 2022
Pelukis / Warna : Mie / Aura
ISSN : 1394-0236
Tarikh Penerbitan : April 2022
Edisi : Cetakan Pertama
Cetakan / Warna Cetakan : 240 mukasurat / hitam putih dan warna